Powered By Blogger

Sunday 3 April 2011

10 Gambar Inovasi Terkini

            1 ) FHONE WACTH :





Sekali lihat macam tidak percaya dengan harus perkembangan teknologi sekarang semakin gila, buktinya segala fitur yang seharusnya berada pada gaged-gaged tertentu, boleh di lihat dalam sebuah Jam sahaja (watch). Betapa hebatnya manusia pada masa kini mencipta segala gaged yang ada pada masa kine serta terus meningkat teknologi masa kini.
Spesifikasi :

• Touchscreen 1.3 inch.262K TFT Display

• Three Band GSM 900/1800/1900 Mhz

• 1.3 Mp Built in Camera

• Perekam & Pemutar Video (3GP, MP4)

• Pemutar MP3+Ekualiser

• Bluetooth dengan Kemampuan Musik Stereo

• WAP 2.0, xHTML, GPRS Class 10

• SMS, MMS, E-Mail

• Memory TF Card 2 GB

• Menyimpan 300 Nomor Telepon

• Auto Voice Dialing

• Handsfree

• Nada Getar

• Built in Game, Alarm

• Organizer, Photo Album

• Menelpon dengan Efek Suara Latar Belakang

• Identitas Penelpon dengan Foto & Nada Dering


            2 ) PENGERING RAMBUT REVLON RV544 :


RINGAN dan mampu milik. Pengering rambut Revlon RV544 Tourmaline Ionic ini menggabungkan dua ciri-ciri penting pengering rambut iaitu permata tourmalin dan teknologi ionik. Kedua-dua teknologi ini membantu mempercepatkan proses pengeringan rambut sambil mengurangkan kadar kerosakan rambut yang biasanya disebabkan oleh produk pengering. 

Tambahan pula, RV544 juga menawarkan proses pengeringan rambut yang lebih senyap berbanding dengan pengering rambut lain.


3 ) ACER D900, DWIKAD SIM :





Menerusi Acer DX900, pengguna boleh mengakses dua perkhidmatan telefon secara berasingan tanpa sebarang gangguan.

Acer DX900 design refinement. Menerusi Acer DX900, pengguna boleh mengakses dua perkhidmatan telefon secara berasingan tanpa sebarang gangguan. Pengguna yang biasa bergerak dari satu tempat ke tempat lain untuk perniagaan boleh menggunakan kad SIM tempatan dan kad SIM dari kampung halaman sekali gus.

Malah, pelancongan melepasi sempadan serta untuk perniagaan bertaraf antarabangsa juga boleh bertambah mudah dengan adanya gajet Acer ini.

DX900 menawarkan ciri-ciri yang menyokong kedua-dua komunikasi berkelajuan tinggi 3.5G (UMTS/HSDPA) dan 2G (GSM/EDGE). Ia juga merangkumi sambungan menggunakan Wi-Fi, Sistem Pengesanan Global (GPS), paparan VGA beresolusi tinggi dan sebuah kamera auto-focus 3 mega piksel.

DX900 juga disertakan dengan peralatan dan aplikasi mobile office standard serta aplikasi eksklusif Acer bagi meningkatkan prestasi dan fungsi gajet tersebut.


4 ) WINDOWS 7 :


Kali ini, Microsoft menjanjikan kelainan untuk OS Windows 7 dengan mengatakan ia jauh terhandal serta penuh inovasi.

Mungkin Microsoft terpaksa mengakui pengguna seluruh dunia lebih sayangkan Windows XP namun berdasarkan maklum balas orang ramai, Microsoft menjadikannya jauh lebih baik termasuk keupayaan penukaran program sehingga merekod televisyen.

Windows 7 mempunyai ciri yang memudahkan tugasan harian antaranya:

1)      Taskbar diperbaharui dengan previu skrin penuh :
·         Taskbar yang terletak di bahagian bawah skrin digunakan untuk melancarkan program dan menukarnya apabila ia dibuka. Ini bermakna anda akan dapat melihat visual ikon dipilih sebelum membukanya.

2) Pembaharuan desktop :
·         Ia memberi peluang kepada anda menyusun ikon di permukaan skrin termasuk membukanya, menutup, mengubah saiz dan mengemaskininya.

3) Carian Windows :
·         Windows 7 memudahkan carian subjek dalam PC dengan membahagikannya mengikut segmen tertentu seperti dokumen dan muzik dengan satu klik saja.

4) Internet Explorer 8 :
·         Semestinya ia diperbaharui bagi memudahkan pelayaran 'online' pantas seperti alamat bar, carian, 'tabs' dan bar 'Favorites.'


5 ) PAPAN KEKUNCI FLEKSIBEL :



Papan kekunci silikon mudah dibawa ke mana jua dan selamat digunakan dalam pelbagai persekitaran.

Papan kekunci silikon ini berkualiti tinggi dan ia tidak beracun atau mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan untuk keselamatan kanak-kanak di rumah. Mematuhi syarat yang ditetapkan di bawah standard perlindungan persekitaran, produk ini cukup kreatif dan inovatif.


            6 ) KASUT NIKE LUNARGLIDE :




PELAPIK kusyen yang ada pada kasut Nike memberikan keselesaan maksimum kepada pelari.

Ruang dalamannya yang lembut dan sokongan pada bahagian tumit membuatkan kasut ini cukup selesa, walaupun berlari dalam tempoh yang lama.

Nike LunarGlide+ dicipta menggunakan teknologi inovatif yang diberi nama Dynamic Support. Struktur sokongan ini merangkumi pelapik kusyen terbaik untuk menyerap hentakan, selain tidak berkompromi tentang aspek kestabilan.

Kasut dalam rangkaian LunarGlide+ itu berbeza antara lelaki dan wanita. Kasut untuk golongan wanita mengaplikasi teknologi Dynamic Fit. Ia memiliki lebih banyak lapisan busa (foam) lembut di bahagian tumit dan menggunakan material mudah regang. Ini kerana wanita biasanya mempunyai tapak kaki yang lebih lebar.





7 ) CANON 500D :



Model yang dilancarkan sempena ulang tahun ke-50 Canon dalam teknologi DSLR itu didatangkan dengan pengesan 15.1 megapiksel serta keupayaan merakam video definisi tinggi (HD).


Keupayaan rakaman video berdefinisi tinggi terbabit dan hasilnya cukup memuaskan walaupun pergerakan gambar sedikit bergegar. Canon EOS 500D ini juga dilengkapi teknologi pemproses imej DIGIC 4 yang menghasilkan rakaman tepat, perincian yang kemas, imej berkualiti tinggi dan pencahayaan hidup. Canon EOS 500D dilengkapi teknologi terkini mampu mengambil gambar dengan kepantasan 3.4 rangka sesaat walaupun mempunyai muatan pemproses tinggi untuk merekod imej 15 megapiksel.

Pencahayaan model ini dipertingkatkan dengan menambah baik pengimejan di bawah pencahayaan rendah. Keupayaan Canon EOS 500D yang ditampilkan dengan standard ISO, yang mana ia mampu menangkap gambar sehingga mencapai standard ISO 12800.

Selain itu, model EOS terbaru ini turut dilengkapi teknologi pengurangan kebisingan yang menepati piawaian ISO dan boleh ditetapkan kepada bunyi standard, rendah, tinggi atau senyap.


8 ) MESIN WUDUK AUTOMATIK :




Mesin wudu’ automatik ini direka bagi memudahkan seseorang untuk mengambil wudu’. Teknologi ini direka dengan dua jenis model. Model pertama digunakan untuk jemaah yang ingin menunaikan solat di Masjid manakala model yang kedua direka untuk kegunaan di rumah. Model ini direka dengan dua singki iaitu singki atas dan singki bawah. Singki atas digunakan untuk membasuh muka, tangan, sebahagian kepala dan telinga manakala singki bawah digunakan untuk membasuh kaki. Kelebihan rekaan ini adalah jimat dan mudah kerana kosnya tidak terlalu tinggi dan ia mudah untuk dipasang. Pembaziran air juga tidak berlaku kerana rekaan ini menggunakan teknologi ‘auto- sensor’. Rekaan ini dibuat dari bahan plastik yang disalut dengan bahan anti-fungal dan anti-bakteria.


 9 PRINTER :


Bersifat mesra pengguna iaitu saiz dan berat yang ringan membolehkan pengguna membawanya ke mana sahaja. Mengeluarkan warna hitam dan putih dengan kadar 600 DPI(dot per inchi) pada setiap helaian kertas. Menggunakan teknologi Bluetooth dan bateri yang boleh di caj semula. Boleh digunakan terhadap permukaan kertas, dan juga fabrik.

10 BLUE : TEMPAT LETAK BUAH TAHAN LEBIH LAMA DAN TIDAK CEPAT BUSUK :



Buah-buahan ( fruits ) memang baik untuk menjaga dan  meningkatkan kesihatan tubuh tetapi buah-buahan yang dimakan haruslah buah-buahan yang segar bukan yang sudah busuk atau rosak.  BLUE adalah sebuah alat berbentuk mangkok (bowl) yang dapat membuat buah-buahan dapat bertahan kesegarannya lebih lama dibandingkan anda memasukkannya ke dalam peti ais ( kecuali peti ais model terbaru yang sudah memiliki teknologi    terbaru ).

Alat ini melalui sinar khusus akan membunuh semua kuman atau bakteri yang biasanya sering membuat buah-buahan menjadi busuk/ rosak.  Sayangnya, di web mereka tidak dijelaskan berapa lama buah-buahan yang ada dapat bertahan kesegarannya dibandingkan dengan menggunakan peti ais.

11 ) TEKNOLOGI BIOMETRIK TERBARU YANG DAPAT MEMBEZAKAN CAP JARI ASLI ATAU PALSU :


Teknologi terbaru untuk pemindai jari (biometric) akan segera beredar dan telah dipamerkan oleh penemunya iaitu perusahaan bernama Futronic di Hongkong. Teknologi yang diberi nama Live Finger Detection (LFD) diciptakan untuk melindungi data dari “jari palsu” yang selalunyanya dibuat dari karet atau silikon. Seperti kita ketahui, walaupun kami yakin kita tahunya karana kebanyakan menonton filem detektif, sebuah alat biometric dapat “diakali” dengan cap jari buatan atau bahkan (secara sadis) memotong jari orang tersebut untuk dapat membohongi biometric. Dengan LFD maka hal diatas dapat dihindari dan tidak mungkin bagi seseorang untuk membuka password di biometric dengan menggunakan cara-cara diatas. Cara kerjanya adalah tempat pemindai yang ada di desain secara khusus sehingga bisa anda salah meletakkan posisi jari anda maka otomatis alat biometric akan menolak akses. Terciptanya alat ini pasti kerana banyak pemalsuan cap jari. 







No comments:

Post a Comment