Powered By Blogger

Sunday 3 April 2011

GE2153 Teknologi Pendidikan Sem 2 2010/2011 Program SUKRES : Kreativiti Sukan Menerusi Teknologi

Sukan dan Teknologi seumpama aur dengan tebing dan gula dengan semut. Ia saling perlu memerlukan dalam dunia teknologi siber seperti sekarang. Cuba bayangkan sekiranya permainan seperti bola sepak masih lagi dimainkan di padang rumput asli sebelum diperkenalkan teknologi rumput tiruan. Atau permainan bola keranjang atau bola tampar dimainkan di atas simen kasar dan keras sebelum adanya teknologi gelanggang sintetik. Tentulah kualiti permainan, keselamatan dan kehadiran penonton bertambah ramai kerana berada di tempat yang selesa dan sedap mata memandang.

Justeru kelebihan teknologi dalam sukan merupakan salah satu daripada sumber pendapatan yang lumayan selain dari melahirkan atlit-atlit yang berbakat. Tugas para pereka cipta ialah bagi memastikan produk yang dihasilkan tahan lebih lama, tidak mudah rosak dan menjimatkan kos perbelanjaan.

Tugas anda:-

1. Cadangkan 5 langkah bagaimana teknologi dalam sukan dapat diterapkan di kalangan masyarakat. Sertakan dengan contoh dan perbincangan serta 5 bahan rujukan.

2. Gunakan bahasa perbincangan yang formal.

3. Diakhir perbincangan, sertakan nama, no. matriks dan email.

4. Sila hantar sebelum kelas tutorial minggu depan 9 Mac 2011.

1 comment:

  1. Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.
    Terdapat pelbagai jenis sukan, dan kebanyakannya mengorbankan masa, wang, dan keinginan manusia sama ada sebagai peserta atau pun sebagai penonton.
    Seperti yang kita tahu untuk menerapkan teknologi dalam sukan di kalangan masyarakat kita haruslah mengikuti langkah-langkah tersebut seperti idea-idea yang akan diterangkan di bawah ini :
    1. Teknik latihan sukan yang saintifik dan sistematik :

    • Pakar sukan boleh menfaatkan hukum dan konsep sains dalam penyelidikan untuk memajukan kaedah-kaedah sukan berkesan .
    • Teknologi komputer telah digunakan menentukan cara lompatan terbaik dalam acara lompat jauh atau lompat tinggi .
    • Pengetahuan dalam bio mekanik iaitu kajian tentang struktur dan sistem biologi serta daya dan gerakan tubuh badan akan membantu ahli sukan melakukan sesuatu gerakan dengan cekap .
    • Penggunaan prinsip-prinsip mekanik secara langsung akan membantu ahli sukan melakukan gerakan tertentu misalnya imbangan dalam jimnastik , luncuran dengan optimum .

    2. Peralatan sukan yang sesuai meningkatkan prestasi shli sukan :

    • Dengan sains dan teknologi peralatan sukan yang lebih jitu dan sesuai dengan peringkat umur dan jantina ahli sukan dapat dihasilkan .
    • Teknologi komputer telah digunakan untuk mereka bentuk peralatan sukan berpandukan hukum-hukum fizik dan matematik , umpamanya , lembing yang bersifat aerodinamik .
    • Penggunaan bahan atau fabrik pakaian yang sesuai membolehkan ahli sukan merasa selesa dan sejuk ketika bersukan atau berlatih .

    3. Sains pemakanan membantu meningkatkan pencapaian ahli sukan :

    • Prestasi fizikal atlit adalah berkait rapat dengan corak pemakanannya .
    • Pengambilan diet yang betul atau seimbang akan menghasilkan tenaga yang berterusan dan membantu pemulihan segera .
    • Sains permakanan banyak digunakan menentukan kuantiti zat makanan seperti protein , kabohidrat atau vitamin tertentu yang optimum untuk ahli sukan .
    • Analisis komposisi zat dalam makanan membolehkan pakar-pakar diet mencadangkan sarapan terbaik untuk meningkatkan prestasi ahli sukan .

    4. Sains perubatan meningkatkan pencapaian sukan :

    • Kecanggihan dalam bidang perubatan telah membantu dalam mengesan sebarang kecederaan atau penyakit ahli sukan dan merawatnya .
    • Ujian elektrokardiogram dan ujian kecergasan kardiovaskular sebelum aktiviti sukan cergas boleh menghindarkan ahli sukan daripada cedera atau mati kerana aktiviti sukan cergas itu .
    • Pencerakinan perubatan dapat mencegah para atlit daripada mengambil pelbagai dadah seperti steroid anabolik untuk memenangi sesuatu acara sukan secara tidak jujur .

    5. Teknologi maklumat dan telekomunikasi meningkatkan kecemerlangan sukan :

    • Teknologi ICT seperti video , televisyen dan kamera video serta satelit komunikasi membolehkan teknik-teknik sukan yang baik dikesan untuk dipelajari .
    • Rancangan siaran langsung sesuatu acara sukan ke seluruh pelusuk dunia boleh meningkatkan kepopularan sukan .
    • Kutipan besar daripada yuran iklan boleh membiayai ahli-ahli sukan yang berjaya .
    • Keadaan ini mendorong ahli-ahli sukan berusaha gigih untuk meningkatkan prestasi mereka seperti menjadi ahli sukan professional .
    Akhir kata daripada saya sains dan teknologi tetap penting untuk kemajuan bidang sukan. Manakala teknologi sukan juga membolehkan para atlit menjadi sempurna daripada segi fizikan dan mental dan meningkatkan kecemerlangan dunia sukan .

    Nama : Mohamad Hazrul Bin Zainal
    No Matrik : A130571
    Email : Mohamad_Hazrul_Ukm@yahoo.com


    Rujukan :
    i. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan
    ii. http://dreamcometrue.5d6d.com/thread-1066-1-1.html

    ReplyDelete